Lagi 2 hari Ramadhan akan tiba...Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua rakan-rakan dan kepada Puan Jamilah yang disayangi. Semoga Ramadhan ini dapat memberi kesedaran kepada diri kita semua dan dapat meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah S.W.T.. Dihari yang mulia dan penuh bermakna, diharap segala yang buruk dihindarkan dan dilupuskan dari diri kita dan segala yang baik diamalkan dan ditanam dalam diri. Semoga kita dirahmati olehNya.InsyaAllah, amin~~~
Monday, August 9, 2010
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Posted by Aisyah Nordin at 10:47 AM 0 comments
Apakah Pembelajaran???
* PERUBAHAN TINGKAHLAKU
* SIKAP
* PEMIKIRAN
* PENGALAMAN
* SEPANJANG HAYAT
* KESEDARAN DIRI
Posted by Aisyah Nordin at 10:28 AM 0 comments
PELOPOR TEORI PEMBELAJARAN
Ivan Pavlov (1849 – 1936) Teori Behaviorisme
Jean Piaget (1896 – 1981) Teori Kognitif
Albert Bandura (1925 – kini) Teori Sosial
Carl Roger (1902 - 1987) Teori Humanisme
Posted by Aisyah Nordin at 10:02 AM 0 comments
PERBICANGAN DALAM KELAS
Kami mendapat tugasan untuk membuat blog bagi menganalisis teori-teori pembelajaran dan model-model pengajaran. Bagi memudahkan serta meringankan beban kami, Puan Jamilah telah mencadangkan agar kami berkongsi maklumat serta bersama-sama berbincang mengenai analisis tersebut. Dengan adanya perbincangan tersebut, saya rasakan suatu cara yang bagus dan berkesan kerana kami dapat berkongsi maklumat serta pengetahuan bersama-sama. Bak kata pepatah orang berkulit putih "Sharing is caring". Saya amat berterima kasih kepada Puan Jamilah kerana beliau memahami situasi kami sebagai pelajar.
Posted by Aisyah Nordin at 9:51 AM 0 comments
MODEL PEMBELAJARAN
* Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
* Model Pengajaran Sistem Behavioral
* Model Pengajaran Sosial
* Model Pengajaran Personal
Posted by Aisyah Nordin at 9:48 AM 0 comments
TEORI PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN
1. Teori Pembelajaran Behavioris
2. Teori Pembelajaran Kognitif
3. Teori Pembelajaran Konstruktivis
4. Teori Pembelajaran Sosial
Posted by Aisyah Nordin at 9:45 AM 0 comments
Sunday, August 1, 2010
Malam yang sunyi....
Skang dh larut malam...tapi mata masih segar lagi walaupun pagi tadi pergi Lowyat sampai ke petang..sambil-sambil cari maklumat MAB tentang Teori Humanisme oleh Carl Rogers tetiba saya tertarik dengan lagu nyanyian P.Ramlie dan Normadiah - Itulah Sayang...
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
berbalik kepada CARL ROGERS...beliau dilahirkan pada 8hb. Januari 1902, di Oak Park, Illinois.Dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi, Rogers mula belajar di University of Wisconsin dalam bidang pertanian, dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary. Tetapi Rogers keluar dari kumpulan itu kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama dan mempersoalkan tentang makna kehidupan.
Oleh sebab saya belum lagi habis baca mengenai Teori Humanisme Carl Rogers jadi saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenai teorinya itu...
bersambung >>>
Posted by Aisyah Nordin at 11:49 PM 0 comments
Tuesday, July 20, 2010
Monday, July 19, 2010
Pembinaan Blog

Posted by Aisyah Nordin at 11:00 AM 0 comments