BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 1, 2010

Malam yang sunyi....

Skang dh larut malam...tapi mata masih segar lagi walaupun pagi tadi pergi Lowyat sampai ke petang..sambil-sambil cari maklumat MAB tentang Teori Humanisme oleh Carl Rogers tetiba saya tertarik dengan lagu nyanyian P.Ramlie dan Normadiah - Itulah Sayang...

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

berbalik kepada CARL ROGERS...beliau dilahirkan pada 8hb. Januari 1902, di Oak Park, Illinois.Dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi, Rogers mula belajar di University of Wisconsin dalam bidang pertanian, dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary. Tetapi Rogers keluar dari kumpulan itu kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama dan mempersoalkan tentang makna kehidupan.

Oleh sebab saya belum lagi habis baca mengenai Teori Humanisme Carl Rogers jadi saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenai teorinya itu...

bersambung >>>

0 comments: